Peraturan Perpustakaan
- Memakai kad matrik dan mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh bahagian Hal Ehwal Siswa INSTEDT
- Tidak boleh menggunakan kad matrik pelajar lain untuk membuat pinjaman atau menggunakan perkhidmatan lain
- Dilarang membawa sebarang bahan bacaan atau rujukan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa kebenaran staf perpustakaan
- Dilarang membawa apa jua jenis beg, payung, rokok, makanan atau minuman
- Hendaklah mematuhi arahan ‘TOLONG SENYAP’
- Pegawai berhak meminta pengguna yang mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan supaya keluar dari perpustakaan
- Membenarkan pembantu perpustakaan yang bertugas memeriksa buku, fail dan lain-lain bahan yang dibawa masuk dan keluar dari perpustakaan
- Sebarang pinjaman hendaklah dibuat di kaunter PINJAMAN
- Sebarang pemulangan buku hendaklah dibuat di kaunter PEMULANGAN
- Perlu mematuhi akta hakcipta bahan yang ingin difotokopi
- Dilarang menconteng, mengoyak dan melipat buku, majalah atau apa-apa jua bahan
- Dilarang mengubah kedudukan perabot dan alatan perpustakaan tanpa kebenaran
- Dilarang menggunakan komputer selain untuk membuat tugasan
- Dilarang mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada komputer
- Dilarang menyimpan data di dalam hard disk komputer
- Pelajar dan kakitangan yang akan berhenti atau tamat pengajian perlu memulangkan buku yang dipinjam dari perpustakaan
- Denda akan dikenakan kepada pelajar yang merosakkan harta benda dan bahan bacaan perpustakaan
- Telefon bimbit mestilah dalam mode ‘SENYAP’
Peraturan Penggunaan Komputer
- Pelajar perlu mengisi borang penggunaan komputer dan menunjukkan kad matrik pada kakitangan perpustakaan di kaunter
- Tempoh penggunaan adalah satu jam bagi setiap pengguna
- Satu komputer untuk seorang pengguna sahaja
- Dilarang makan dan minum di kawasan komputer
- Tidak boleh membuat bising dan bercakap dengan kuat
- Dilarang mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada komputer
- Dilarang menyimpan (Save) di dalam hard disc komputer
- Tidak dibenarkan menggunakan komputer untuk tujuan bermain permainan, online-chatting, melayari laman web lucah serta laman hiburan
- Pengguna adalah dilarang memuat turun apa-apa jua maklumat dari Internet
- Sebarang kerosakan/masalah pada komputer mesti dilaporkan dengan segera kepada kakitangan perpustakaan yang bertugas
Keahlian
Terbuka kepada semua warga INSTEDT :
- Kakitangan akademik INSTEDT
- Kakitangan bukan akademik INSTEDT
- Pelajar INSTEDT
Kelayakan Pinjaman
Kategori
|
Jumlah Buku
|
Tempoh
|
Kakitangan akademik / bukan akademik
|
5
|
3 minggu
|
Pelajar
|
3
|
1 minggu
|