Soalan Lazim [ Syariah ]


   
1. Apakah hak yang lazim dituntut oleh seseorang wanita beragama Islam selepas perceraian?
  Terdapat 5 hak yang lazim dituntut oleh seseorang wanita beragama Islam di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 -
  a. mutaah;
  b. hadanah;
  c. nafkah anak;
  d. nafkah idah; dan
  e. harta sepencarian
   
   
2. Apakah itu mutaah?
  Seksyen 56 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan bahawa seseorang wanita yang diceraikan tanpa sebab yang patut oleh suaminya boleh memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan mutaah atau bayaran sagu hati, dan mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak dan setelah berpuas hati bahawa wanita itu telah diceraikan tanpa sebab yang patut, memerintahkan suami supaya membayar apa-apa jumlah wang yang difikirkan adil dan saksama mengikut Hukum Syarak.
   
   
3. Apakah yang dimaksudkan dengan harta sepencarian?
  “harta sepencarian” ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 sebagai harta yang diperoleh secara bersama oleh suami dan isteri semasa perkahwinan masih berjalan mengikut syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak.























































navigasi