Hari ini Dalam Sejarah : SEKOLAH TINGGI KELANG MULA MENGADAKAN PERMAINAN SUKAN SEBAGAI KO-KURIKULUM 14 JAN 1928


Pada hari ini dalam tahun 1928, Sekolah Tinggi Kelang telah mula memainkan peranan dalam mengetengahkan kegiatan sukan sebagai ko-kurikulum di sekolah. Di bawah Guru Besar, Encik S.C.E. Singam permainan badminton, ping pong, bolasepak, kriket telah diperkenalkan. 

Pada tahun 1932, Sekolah Tinggi Kelang telah memperolehi sebidang tanah untuk dijadikan padang permainan di atas kemurahan hati Residen British, J.W.W. Hughes. Berikutan dengan itu dua lagi permainan iaitu bola tampar dan bola keranjang diperkenalkan. Kewujudan padang permainan ini telah memajukan lagi sukan di Sekolah Tinggi Kelang. 

Sebanyak 4 buah rumah sukan telah dibentuk iaitu Rumah Mallory, Rumah Rose, Rumah Sulaiman dan Rumah Watkins. Pada tahun 1934, atas daya usaha guru Besar gelanggang tenis telah diadakan.  Pada tahun ini juga kejohanan olahraga tahunan sekolah mula diperkenalkan dan disertai ahli-ahli sukan seluruh negeri Selangor. Acara ini menjadi terkenal di Kelang.  

Dalam tahun 1946 Rumah New diperkenalkan sebagai tambahan pada 4 rumah sukan yang sedia ada dan rumah ini ditukar nama pada Rumah Thuraisingam. Dalam sejarah kesukanan Sekolah Tinggi Kelang begitu popular dengan Encik K. Laxman sebagai  ahli olahraga dan Raja Shukri sebagai pemain badminton yang mana mereka adalah antara ahli sukan yang mewakili negara yang dihasilkan oleh Sekolah Tinggi Kelang.  Ini semua hasil dari perancangan bidang sukan sekolah ini sejak tahun 1928 lagi.  

Hari Ini Dalam Sejarah : PERASMIAN PEMBUKAAN JALANRAYA KUALA LUMPUR - PORT SWETTENHAM 14 JAN 1959

Lebuhraya Kuala Lumpur - Port Klang (Dulu adalah lebuhraya Kuala Lumpur - Port Swettenham)

Pada hari ini dalam tahun 1959, satu jalan baru telah dibuka yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Port Swettenham. Upacara perasmian jalan baru ini telah dilakukan oleh Menteri Kerja Raya, Encik Sardon b. Haji Jubir.  Turut sama di majlis perasmian yang unik ialah Pengarah Kerja Raya Tuan R. E. Pitt.  Upacara perasmian dijalankan dengan kedua-dua tokoh ini menaiki kereta dan bergerak laju di atas jalan baru tersebut dan terus `melanggar' peta yang dipasang merintangi jalan.  

Secara simboliknya jalan tersebut sudah boleh merentasi kawasan peta berkenaan. Jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Port Swettenham ini telah menghubungkan dua bandar di antaranya iaitu Petaling Jaya dan Sungai Way. Sebanyak $2 Juta telah diperuntukkan untuk pembinaan jalan raya ini. Kini penduduk-penduduk di kedua-dua tempat ini boleh dihubungi dengan lebih cepat iaitu kira-kira 60 batu sejam berbanding dengan jangka masa yang lebih lama diambil sebelumnya. Kerja-kerja pembinaan jalan raya tersebut telah dimulakan pada bulan April 1956 dan pada hari ini dalam tahun 1959 ianya telah selamat dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya.  

Kemudahan yang disediakan ini akan membantu mempercepatkan lagi hubungan penduduk di kedua-dua tempat dan dapat meningkatkan lagi aktiviti ekonomi di Port Swettenham dan Kuala Lumpur selain dari itu bandar-bandar seperti Petaling Jaya dan Sungei Way akan dapat dibangunkan dan seterusnya kegiatan ekonomi di kawasan-kawasan ini akan terus meningkat dan berkembang maju.   

Hari Ini Dalam Sejarah : ROMBONGAN INGGERIS SAMPAI KE PULAU PANGKOR 14 JAN 1874

Gambaran perbincangan
Pada hari ini dalam tahun 1874, Rombongan Inggeris yang mengadakan perundingan dengan Pembesar-pembesar Perak telah tiba di Pulau Pangkor dengan menaiki kapal Pluto melalui Selat Melaka. Kedatangan rombongan Inggeris ini bertujuan untuk mengadakan rundingan dengan Pembesar-pembesar Perak bagi mengatasi peperangan saudara dan kekacauan di negeri Perak. 

Selain daripada itu, jemputan oleh Raja Abdullah merupakan fakta kedatangan rombongan ini yang mana dalam surat tersebut beliau meminta Inggeris mengatasi masalah kekacauan di Perak dan mengiktiraf baginda sebagai Sultan. Sebelum kedatangan rombongan yang diketuai oleh Sir Andrew Clark ini terlebih dahulu menghantar wakilnya W.H. Reid menemui Raja Abdullah untuk mengadakan perbincangan awal sebelum pertemuan di Pulau Pangkor. Antara Pembesar-pembesar Perak yang hadir dalam perundingan ini ialah Raja Abdullah, Raja Idris, Orang Kaya Menteri Larut Ngah Ibrahim, Dato’ Temenggong, Dato’ Sagor dan lain-lain. 

Dengan kedatangan rombongan Inggeris ke Pulau Pangkor, satu perundingan telah diadakan di Pulau Pangkor yang kemudian termeterainya perjanjian di antara Raja Abdullah dan para Pembesar Perak dengan Inggeris yang kemudian dikenali dengan Perjanjian Pangkor pada 1874 yang memanfaatkan persengketaan di antara Pembesar-pembesar Melayu serta Kongsi Gelap Cina. 

Hari Ini Dalam Sejarah 14 Januari : TUN ABDUL RAZAK MENINGGAL DUNIA



Pada  hari  ini  dalam  tahun  1976, Perdana  Menteri  Malaysia, YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussien telah  kembali  ke  Rahmatullah  di  London  pada  jam  6.30  petang  waktu Malaysia.   Berita  mengenai  pemergian  Allahyarham  telah  disampaikan  oleh  Pemangku Perdana  Menteri,  Datuk  Hussein  Onn  ke  seluruh  negara  menerusi  Radio  Televisyen Malaysia.  

Allahyarham telah  pergi  ke  London  untuk  menjalani  rawatan  akibat  penyakit  ‘acute leukemia’ yang  dihidapi  olehnya.  Jenazah  Allahyarham  telah  diterbangkan  dengan penerbangan  Khas  Sistem  Penerbangan  Malaysia  (MAS)  dan  kemudianya  di bawa  ke kediamaan  Allahyarham  di  Sri Taman,  Kuala  Lumpur  sebelum  disemadikan  di  Makam Pahlawan,  Masjid  Negara.  

Penglibatan  Tun  Abdul  Razak  dalam  arena  politik  bermula sejak  menuntut  di  London lagi,  dan   bergiat  aktif  setelah  memasuki  UMNO  dan dilantik  sebagai  Ketua  Pemuda. Mulai  tahun  1951  hingga  1970  Tun  Abdul  Razak telah dilantik  sebagai  Timbalan  Yang di Pertua  UMNO  dan  menganggotai  jemaah  kabinet sebagai  Menteri  Pelajaran  pada tahun  1955.    

Sesungguhnya  pemergian  Allahyarham amat  dirasai  oleh  seluruh  masyarakat,  di  atas segala  jasa  bakti  yang  telah disumbangkan  dalam  pembangunan  negara,  Tun  Abdul Razak  telah  diberi  gelaran sebagai  Bapa  Pembangunan Negara.  

Fun With Drawzania




Love to draw? Make work easier and fun with Draw
Zania .
Click here --- http://www.drawzania.com/


                                             Sign in  : instedtlib@yahoo.com
                                         Password  : instedtlibrary

Ebrary: Simple Search


Log In eBrary : Klik SINI

- Masukkan "username" dan "password" akaun eBrary anda. 
             Sila ke kaunter perpustakaan untuk mendapatkan "username" dan "password" akaun eBrary anda.

navigasi

cubaan