Peraturan

Peraturan Perpustakaan
  • Memakai kad matrik dan mematuhi kod etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh bahagian Hal Ehwal Siswa INSTEDT 
  • Tidak boleh menggunakan kad matrik pelajar lain untuk membuat pinjaman atau menggunakan perkhidmatan lain
  • Dilarang membawa sebarang bahan bacaan atau rujukan perpustakaan keluar dari perpustakaan tanpa kebenaran staf perpustakaan 
  • Dilarang membawa apa jua jenis beg, payung, rokok, makanan atau minuman
  • Hendaklah mematuhi arahan ‘TOLONG SENYAP’
  • Pegawai berhak meminta pengguna yang mengganggu ketenteraman di dalam perpustakaan supaya keluar dari perpustakaan
  • Membenarkan pembantu perpustakaan yang bertugas memeriksa buku, fail dan lain-lain bahan yang dibawa masuk dan keluar dari perpustakaan
  • Sebarang pinjaman hendaklah dibuat di kaunter PINJAMAN
  • Sebarang pemulangan buku hendaklah dibuat di kaunter PEMULANGAN
  • Perlu mematuhi akta hakcipta bahan yang ingin difotokopi
  • Dilarang menconteng, mengoyak dan melipat buku, majalah atau apa-apa jua bahan
  • Dilarang mengubah kedudukan perabot dan alatan perpustakaan tanpa kebenaran
  • Dilarang menggunakan komputer selain untuk membuat tugasan
  • Dilarang mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada komputer
  • Dilarang menyimpan data di dalam hard disk komputer
  • Pelajar dan kakitangan yang akan berhenti atau tamat pengajian perlu memulangkan buku yang dipinjam dari perpustakaan
  • Denda akan dikenakan kepada pelajar yang merosakkan harta benda dan bahan bacaan perpustakaan
  • Telefon bimbit mestilah dalam mode ‘SENYAP’


Peraturan Penggunaan Komputer
  • Pelajar perlu mengisi borang penggunaan komputer dan menunjukkan kad matrik pada kakitangan perpustakaan di kaunter
  • Tempoh penggunaan adalah satu jam bagi setiap pengguna
  • Satu komputer untuk seorang pengguna sahaja
  • Dilarang makan dan minum di kawasan komputer
  • Tidak boleh membuat bising dan bercakap dengan kuat
  • Dilarang mengubah sebarang konfigurasi sedia ada pada komputer
  • Dilarang menyimpan (Save) di dalam hard disc komputer
  • Tidak dibenarkan menggunakan komputer untuk tujuan bermain permainan, online-chatting, melayari laman web lucah serta laman hiburan
  • Pengguna adalah dilarang  memuat turun apa-apa jua maklumat dari Internet
  • Sebarang kerosakan/masalah pada komputer mesti dilaporkan dengan segera kepada kakitangan perpustakaan yang bertugas



Keahlian

Terbuka kepada semua warga INSTEDT :

  • Kakitangan akademik INSTEDT
  • Kakitangan bukan akademik INSTEDT
  • Pelajar INSTEDT



Kelayakan Pinjaman
Kategori
Jumlah Buku
Tempoh
Kakitangan akademik / bukan akademik
5
3 minggu
Pelajar
3
1 minggu



navigasi