Pengenalan

Perpustakaan akademik merupakan salah satu aspek terpenting dalam sesebuah Institusi pengajian tinggi. Tidak terkecuali Institut Sains Dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT) yang telah membangunkan sebuah perpustakaan bagi membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan motonya yang mementingkan ilmu dan pengetahuan "Strength Through Knowledge, Skill & Competency".

Lokasi Perpustakaan INSTEDT adalah di aras 2 bangunan INSTEDT bersebelahan dengan bilik kuliah 1 dan bilik kuliah 2 dan memudahkan pengguna datang untuk menggunakan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan.

Perpustakaan INSTEDT mampu memuatkan sehingga 102 orang pengguna dalam suatu masa. Perpustakaan menyediakan pelbagai bahan seperti koleksi rujukan, koleksi bahan media, koleksi folder pensyarah, koleksi tugasan pelajar, koleksi terbitan bersiri dan koleksi soalan peperiksaan. 

Perpustakaan INSTEDT diuruskan oleh dua orang kakitangan bagi melancarkan perjalanan perpustakaan selaras dengan objektifnya iaitu:
  • Menyediakan maklumat bercetak dan elektronik yang komprehensif kepada pelajar dan kakitangan
  • Membekalkan maklumat dengan tepat dan cepat
  • Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran maklumat yang harmoni

navigasi

cubaan