Tips 1
Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, semuanya perlulah dimulakan dalam diri sendiri terlebih dahulu. Ianya bermula apabila seorang individu itu meletakkan target atau garisan capaian yang ingin dicapai.
Target atau cita-cita merupakan penolak yang paling kuat untuk seseorang itu berjaya, cuba kita lihat bezanya seorang pelari pecut 100m dengan seorang yg berlari hanya sekadar saja-saja. Sudah tentu pencapaiannya berbeza.
Daripada keinginan akan lahirlah usaha dan perlakuan untuk mencapai keinginan tersebut . Sudah tentu orang yang mahu lulus sahaja dalam peperiksaan berbeza dengan orang yang bersungguh-sungguh mahu mendapatkan gred yang terbaik dalam peperiksaan.
Tips 2
kita perlulah memastikan berjaya dalam bidang yang kita dalami merupakan satu amanah dan tanggungjawab, Seorang pilot semestinya bertanggungjawab memastikan semua penumpangnya selamat tiba ke destinasi, seorang jurutera perlu bertanggungjawab untuk memastikan bangunan yang dibinanya cukup kukuh untuk didiami manusia dan seorang doktor pula semestinya perlu memastikan agar pesakitnya mendapatkan kualiti hidup yang terbaik (QOL - Quality of Life) .
Tanpa merasakan amanah, manusia tidak akan ada rasa bersungguh-sungguh,
mungkin juga hanya bermain-main dalam melakukan sesuatu perkara, kerana mereka tidak merasakan bahawa setiap amanah itu pasti akan disoal Allah di akhirat kelak. Dan sudah pasti manusia tidak akan menggembleng semua potensi yang mereka ada untuk melakukan amanah tersebut (seperti : pelajar)
Tips 3
HATI YG CERAH
sering kali kita membaca doa penerang hati sebelum memulakan pembacaan " Rabbi syrahli sadri ..." Mengapa? Sudah tentunya ilmu yang bersih memerlukan tempat yang bersih iaitu didada manusia yang bersih. Seperti kisah yang biasa kita dengarkan, apabila imam Asy-syafi'e bertanya kepada gurunya, mengapa hafalannya kurang memuaskan?jawab gurunya , "lihatlah hatimu"
Disini dapat kita kaitkan bahawa hati yang cerah itu adalah hati yang bersih dan tenang , dengan ketenangan , maka mudahlah untuk ilmu melekat ke dalam dada manusia.
Dengan ini bolehlah kita melazimi istighfar dan solat taubat atas segala kesalahan yang kita lakukan. Kerana setiap kejahatan yang kita lakukan akan menambah satu titik hitam dalam hati .
Tips 4
Kita sendiri mencari cara yang paling sesuai untuk kita secara peribadi. Mungkin ada yang sesuai belajar "pada waktu malam" , "sebelum subuh" , "di tepi pantai" mahupun "Study Group". Semua semestinya mengikut kesesuaian masing-masing kerana manusia masing-masing citarasanya tidak sama.
Bagi mereka yang mahu memulakan "Study Group". "Study group" adalah satu bentuk cara ulangkaji yang efektif. Walaupun tidak mempunyai "study group" sendiri. Namun saya yakin ianya amat membantu menyelesaikan kemalasan belajar. Saya cuba bertanya beberapa orang tentang "Study Group" dan hampir kesemuanya mempunyai jawapan yang positif dan kebanyakan mereka telah berjaya meningkatkan prestasi akademik mereka sehingga sangat berjaya.
Antara ciri "Study group" yang efektif ialah :-
1. Mempunyai seorang ketua yang berwawasan tinggi dan bersemangat tinggi
2. Ahli yang memberi sokongan
Antara kaedah yang boleh diguna-pakai pula :-
1. Setiap ahli diberi tugasan membentangkan tajuk yang diberikan kepada mereka
2. Membincangkan soalan yang kerap ditanya di dalam kuliah
3. Boleh juga setiap ahli datang hanya untuk membaca dan menghuraikan point2 tambahan atau cara-cara mudah untuk menghafal
4. Kuiz
Tips 5
Akhir sekali adalah berkenaan "Masa". Yang paling penting berkenaan masa ialah "Tahu bagaimana menggunakan masa". Sebagai contohnya, "Exam terdekat adalah pada minggu hadapan" dan berapa topik yang belum habis diulang-kaji?
Dengan perancangan yang berkesan, akhirnya kita mampu membahagikan masa mengikut keupayaan kita membaca dalam sesuatu waktu, sebelum bosan mula bertandang jika membaca terlalu banyak dalam satu-satu masa.
Contohnya, kita hanya membaca 40 halaman / hari. berbanding menghabiskan 180 halaman / hari (ulangkaji disaat akhir).
Menjadi Muslim yang terbaik bukanlah bermaksud menjadi Muslim yang terbaik dalam ibadah tertentu sahaja seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tetapi muslim yang terbaik adalah seseorang yang mampu melakukan yang terbaik dalam setiap aspek dalam kehidupan.