Faktor utama mengapa ramai pelajar tidak begitu suka menyiapkan tugasan berbentuk penulisan kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai kerana tidak tahu cara untuk mencari maklumat yang dikehendaki walaupun dunia sudah begitu sempit dan berada di hujung jari, tetapi mereka juga tidak tahu untuk menilai setiap maklumat yang mereka perolehi.
Mengapa maklumat perlu dinilai kesesuaiannya? Jawapannya mudah sahaja; untuk memastikan bahawa maklumat berkenaan sahih, diperakukan dan mempunyai kredibiliti. Maklumat yang sebegini akan memastikan tugasan atau tulisan yang akan anda hasilkan juga boleh dipercayai. Jadi bagaimana mahu menilai maklumat berkenaan? Ada beberapa cara untuk menilai maklumat, iaitu berdasarkan;
~ Autoriti Penulis
~ Tulisan ilmiah berkualiti
~ Kebolehpercayaan sumber
~ Objektif
~ Mutakhir dan Terkini
~ Cakupan
Perkara yang perlu difahami:
~ Mengenal sumber rujukan yang bernilai. Apabila anda sudah tahu menilai setiap maklumat yang diperoleh, lebih mudah bagi anda mengetahui di mana untuk mendapatkannya.
~ Pilih maklumat dari laman web yang boleh dipercayai sahaja. Abaikan sumber dan maklumat yang diperolehi dari laman web yang diragui dan blog persendirian yang tidak diketahui kesahihannya.
3 Cara Mudah Mencari Maklumat
Cara 1: Gunakan Tanda Petik (" ") Semasa Mencari Maklumat
Ramai yang terlupa untuk letakkan tanda 'petik' setiap kali mencari maklumat secara maya. Penggunaan tanda petik ini sangat penting terutama apabila melibatkan penggunaan perkataan yang berangkai seperti “pencemaran udara”. Tanpa tanda petik, enjin carian akan mencari perkataan pencemaran dan udara secara berasingan.
Kemahiran meggunakan kaedah carian BOOLEAN (klik sini) ini dapat membantu anda mencari maklumat secara tepat. Terdapat beberapa kaedah lain lagi yang boleh digunakan seperti penggunaan AND dan OR, namun sekiranya anda menggunakan Tanda Petik (" ") di enjin carian sahajapun sudah banyak maklumat mampu anda perolehi.
Cara 2: Menggunakan Google Scholar
Apabila menggunakan Google Scholar, anda akan memperolehi banyak maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai seperti tesis, latihan ilmiah, penyelidikan, artikel dari jurnal dan sebagainya. Terdapat banyak artikel, hasil penyelidikan, dan tesis yang diperolehi dengan cara ini boleh anda muat turun dan simpan secara salinan lembut (soft copy).
Caranya, menggunakan kaedah carian tanda petik di atas
Perhatikan sumber maklumat berkenaan yang disumbangkan dari IPTA yang diiktiraf.
Cara 3: Membaca Buku Secara Online
Anda juga boleh membaca atau memperolehi sumber rujukan daripada buku secara online iaitu EBRARY (klik sini). Semua maklumat yang diperlukan untuk dicatat pada bahagian rujukan seperti tahun terbit, penerbit, tempat terbit dan sebagainya.
Anda juga boleh membaca EBRARY di dalam peranti mudah alih anda seperti iPad, Tab dan Telefon Pintar (klik sini).
* Hanya untuk Warga INSTEDT sahaja