Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk makluman tuan, berikut adalah maklumat mengenai pinjaman buku di Perpustakaan INSTEDT yang akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai Mac 2015 :
Kakitangan akademik/Bukan akademik
Jumlah buku : 5 buah buku
Tempoh pinjaman : 21 hari
Denda lewat : RM0.50 sehari
Pelajar
Jumlah buku : 3 buah buku
Tempoh pinjaman : 7 hari
Denda lewat : RM0.50 sehari
Sila pulangkan buku yang sudah tidak digunakan sebelum atau pada tarikh tamat tempoh pemulangan.
Sila hubungi pustakawan (ext: 201) untuk memperbaharui pinjaman jika tidak berkesempatan untuk ke Perpustakaan.
Mohon diwar-warkan kepada para pensyarah / kakitangan di jabatan / bahagian tuan dan pelajar berkenaan perkara ini.
Segala kerjasama tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.