3 Cara Elak Buang Masa


      Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
        Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
          Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.


          Kredit : irfankhairi.com

          navigasi