Sejarah Sambutan Aidiladha



Di dalam Al-Quran ada menceritakan secara jelas sejarah ringkas sambutan Hari Raya Aidiladha di dalam surah Ash-Shaaffaat ayat 101 sehingga 108. Berikut adalah terjemahannya:

[101] Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa ia akan memperoleh seorang anak yang penyabar

[102] Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama denganya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar".

[103] Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)

[104] Serta Kami menyerunya: "Wahai Ibrahim!"

[105] "Engkau telah menyempurnakan maksud mimipi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

[106] Sesungguhnya perintah ini adalah ujian yang nyata;

[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;

[108] Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;


Rentetan peristiwa itu, maka saban tahun kita merayakan Aidiladha ataupun lebih sinomin dengan nama Hari Raya Korban dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Ia sebagai memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat akan perintah oleh ALLAH S.W.T

Berkat ketaatan dan kesabaran kedua beranak itu, maka ALLAH menggantikan Nabi Ismail a.s dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim a.s sudah bersedia menjalankan perintah ALLAH.

Seperti yang kita sedia maklum, Aidiladha jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam. Ia juga di sambut sehingga ke hari ketiga belas Zulhijjah.

Orang Islam disunatkan mandi sunat sebelum ke masjid dan mengenakan pakaian yang paling cantik, bersih dan juga mengenakan wangian ketika mengerjakan sembahyang sunat Aidiladha.

Selepas itu barulah ibadah korban boleh dilakukan bermula pada hari kesepuluh hingga ke hari ketiga belas Zulhijjah sebelum terbenam matahari pada hari ketiga belas.


navigasi