Tips Menghadapi Peperiksaan




Berikut adalah beberapa tips sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal menjelma beberapa beberapa hari lagi. Antaranya ialah :-

Semak jadual
- penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. 

Kunci peperiksaan
- membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
- membiasakan kita dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

Tentukan keutamaan
- utamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. 
- jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
- utamakan sesuatu yang penting daripada perkara yang penting-penting.

Banyak mengingat dan membuat kaitan
- belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.




Merancang persiapan peperiksaan
Sebelum peperiksaan 
- kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan. Istiqamah.
- ambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. 
- kesihatan diri jangan diabaikan. Janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. 
- Tidur hendaklah mencukupi.
- ambil makanan seimbang bantu mengembang dan mencergaskan minda anda. 

Pada hari peperiksaan

- bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, 
- pastikan anda bersarapan terlebih dulu. 
anda hendaklah dalam keadaan tenang untuk menghilangkan rasa gugup dan bimbang sebelum dan semasa menjawab soalan peperiksaan.
- jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. 
- teliti ketika menjawab soalan berbentuk objektif.
- semak sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan 
- peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Tips untuk soalan berbentuk objektif:
Baca Surah AL-ANFAL ayat 17,
"Wama romaita iz romaita walakinnallaharama..."
Maksudnya : 'Bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar.'

Ayat ini merupakan alternatif yang boleh digunakan jika menghadapi kekeliruan tika menjawab soalan aneka pilihan jawapan ini. Menurut rentetan sirah, ayat ini dulu digunakan oleh Rasullullah SAW ketika perang. Memang serangan yang dilempar terhadap kaum kafir tepat sasarannya. Segalanya pasti dengan izin Allah! Wallahua'lam dan lazimi Surah An-Nur ayat 35 sebelum belajar. InsyaAllah, banyak keberkatannya.



Selepas peperiksaan
- tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa bagi mengelakkan perasaan kecewa dan hilang semangat jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
- elak fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya.


Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
- sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

Berdoa dan bertawakal
- Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. 
- tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. 
- berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

navigasi